Baka
burung unta

Terdapat tiga jenis baka iaitu:
- baka South African Black juga dikenali sebagai burung unta Oudtshoorn.Ia merupakan baka domestik dan paling diminati serta dipelihara serata dunia.Mempunyai kualiti bulu dan kulit yang tinggi iaitu paling banyak minyak dan daging merah yang pejal jika dibandingkan dengan tiga baka yang lain.Seekor burung unta African Black boleh mengeluarkan 14 kaki persegi kulit. Tinggi dan berat dewasa 120 kilogram (kg) ketika berumur antara 18 dan 20 bulan.
- Baka Blue Neck atau burung unta Somali di mana jantan berwarna biru di tengkuk dan di paha.Sangat sesuai untuk daging, bersaiz besar jika dibandingkan dengan African Blacks.Berat dewasa 160kg. Merupakan burung unta yang paling tinggi dan bahagian atas kepalanya botak tetapi mempunyai kualiti bulu yang rendah.
- Baka Red Neck pula atau burung unta Massai di mana jantan berwarna merah jambu atau merah di tengkuk dan peha serta jambulnya botak sedikit.Juga merupakan baka yang tinggi, berat dewasa mencecah 170kg, mempunyai kualiti bulu yang rendah tetapi terlalu agresif atau panas baran.
Sifat
burung unta
Sungguhpun ia tidak boleh terbang, tetapi
fizikalnya besar, mempunyai leher yang panjang, kuat dan mampu memecut sehingga
65 kilometer sejam (40 batu sejam) malah merupakan burung yang berlari
terpantas di dunia.
Oleh itu ia memerlukan kawasan lapang untuk
berlari dan bergerak bebas, tidak kira apa jua sistem pengeluaran yang diamalkan.
Sifat-sifat lain yang unik ialah, kakinya yang
besar, hanya mempunyai dua jari, otaknya amat kecil berbanding dengan badannya
yang besar, pendengaran dan penglihatannya amat tajam dan tabiatnya suka
mematuk sesuatu sepanjang hari.
Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi
pada tubuh burung, di mana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup
tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu
panas bagi membebaskan haba.
Pembiakan
Pembiakan burung unta bermula dari proses
pemilihan pasangan yang telah mencapai tahap kematangan seks diikuti dengan
proses mengawan, penghasilan telor, pengeraman dan penetasan.
Kematangan seks burung unta adalah ketika
berusia antara empat dan lima tahun manakala burung unta yang diternak matang
lebih awal iaitu pada umur antara dua dan tiga tahun dan boleh dijual pada umur
antara 10 dan 12 bulan.
Seekor burung unta betina boleh menghasilkan
telur sehingga antara 40 dan 80 biji setahun.
Telur berkenaan boleh dieram secara semulajadi
atau melalui alat pengeraman, tempoh penetasannya memakan masa selama 42 hari.
Seekor burung unta jantan boleh mengawan dengan
beberapa ekor burung unta betina, namun nisbah jantan betina 1:1 adalah lebih
sesuai.
Pengurusan
Pengurusan bermula dari peringkat perindukan
(brooding) dari umur 0 - 3 bulan, diikuti peringkat juvenile dari empat kepada
11 bulan dan peringkat dewasa 12 bulan ke atas.
Bagi burung unta pedaging 40 ekor burung unta
boleh dipelihara di dalam kawasan seluas 0.4 hektar (satu ekar).
Dalam sistem intensif, ruangan seluas 50 meter
(m) persegi atau lebih diperlukan untuk sepasang burung unta.
Bagi sistem separa intensif kadar bertelor dan
kadar pensenyawaan lebih tinggi kerana lebih banyak ruang makanan diperolehi
dan peluang untuk mengawan.
Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian
atau makanan rumusan berbentuk pelet seperti pelet ayam, rumput, buah-buahan
dan bunga-bungaan, juga serangga seperti locust.
Rumput yang sesuai di makan terdiri dari Paspalum conjugatum, Panicum maximum, Pennisetum purpureum dan Asystasia
coromandeliana.
Ia mempunyai gigi yang sedikit dan lemah, juga
ada yang langsung tidak mempunyai gigi.
Kebanyakannya menelan makanan mereka bersama
batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di
dalam perut.
Burung unta dewasa dianggarkan membawa bersama
kira-kira sekilogram batu kerikil kecil ke dalam perut mereka.
Apabila makan, ia akan mengisi kerongkongnya
dengan makanan, bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan
ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke dalam perut untuk dicerna.
Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air
untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan
ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka
juga sangat menyukai air dan acap kali berendam jika air ada disekeliling
mereka.
Kawalan
dan Kesihatan
Penyakit Avian Pox berlaku pada beberapa spesies burung dan kesannya adalah ketuat
yang menggerutu, berwarna coklat dan membesar di sekeliling mata, juga di tepi
mulut dan paruh.
Penyakit ini boleh mengakibatkan kematian yang
tinggi jika tidak dirawat. Serangga mencucuk/mengigit seperti nyamuk adalah
vektor penyebaran penyakit ini.
Pemberian vaksin boleh mengawal penyakit ini.
Penyakit Green
urine influenza
atau influenza avian adalah sangat bahaya. Ia menjangkiti semua spesies burung.
Penyakit ini menyebabkan kematian yang tinggi
pada anak berumur kurang dari enam bulan. Oleh kerana jangkitan ini disebabkan
oleh virus, tiada rawatan khusus untuk penyakit ini melainkan pencegahan
sahaja. Simptom penyakit ini adalah urine berwarna hijau atau green urine.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan